“Bertindak dalam keadaan mabuk” – Tular Video Hempas Makanan, Pemilik Jawab Dakwaan Tak Layan Pelanggan

Entertainment
17 Oct 2022 • 2:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular satu video rakaman CCTV menunjukkan seorang pelanggan mengamuk di sebuah kedai makan di kawasan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut kelihatan seorang pelanggan sedang menunggu untuk membuat termpahan dan ada seorang wanita yang diakatakan penjual hanya bermain telefon bimbit dan membuat panggilan sebelum pelanggan teresebut naik angin dengan melemparkan semua makanan diatas meja ke lantai.

 

Pelanggan mengamuk

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata marah dengan sikap penjual yang dianggap leka dengan telefon kerana mengabaikan pelanggan yang nak beli makanan, malah ramai yang menyokong tindakan pelanggan.

Susulan dengan tularnya video tersebut, pihak pemilik kedai makan tampil menceritakan hal sebenar, wanita yang dikenali sebagai @emyliayana ini menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1 pagi sewaktu kedai dah tutup.

 

Pelanggan mabuk, kedai dah tutup

Katanya lelaki berbangsa India tersebut datang ke kedai makan ibunya, katanya pada waktu itu, kakak dan 2 orang pekerja berada di kedai makan tersebut.

Tambah wanita ini, kakaknya telah menjelaskan kepada pelanggan tersebut bahawa kedai sudah tutup dan barang-barang semua sudah dikemas, yang ada hanyalah nasi lemak yang terpampang di hadapannya (di atas meja seperti mana yang kita dapat lihat dalam video diatas).

image is not available

Lelaki tersebut dikatakan tidak terima dengan apa yang disampaikan dan terus bertindak diluar kawalan dengan menjatuhkan semua makanan, nasi lemak, serta lauk pauk yang ada di atas meja.

“Sewaktu kejadian itu, terdapat 3 orang lagi pelanggan, yang mereka pun tak dapat berbuat apa-apa.”

Katanya lagi, kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku kerana lelaki berkenaan pernah membuat kacau sebelum ini. Namun pihak kedai telah membuat laporan polis dan pada waktu itu pelaku tidak bertindak seperti ini.

image is not available

“Dia hanya datang dengan memaki-maki dan diredakan oleh seorang lelaki yang waktu itu katanya dia seorang polis, tetapi dia tidak memakai baju polis dan menyuruh kakak saya membuat laporan polis.”

@emyliyana87

penerangan kejadian pagi td..image is not available.. Berat ujian kami.. Hanya Allah kami bertawakkal

♬ original sound – emyliyana – emyliyana

Jadi, untuk kali ini lelaki tersebut bertindak agresif dan menyatakan dia dalam keadaan mabuk. Laporan polis telah dibuat dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Bahaya betul sekarang ni, harap pihak kedai dapat tuntut keadilan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.