Bertuah Punya Anak, Habis Bertompok Kepala Bapa Kena Sagat dengan Mesin Rambut

Entertainment
4 Feb 2024 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bapa terkejut setelah rambutnya dipotong oleh anak ketika dia sedang tidur. Menurut sebuah hantaran di laman Tiktok, kejadian itu disedarinya apabila terdengar bunyi mesin rambut yang digunakan oleh anaknya.

Lebih kelakar, kejadian itu dirakam oleh isterinya!

Dalam ruangan komen, ramai yang mempersoalkan mengapa isterinya tidak menegur anaknya ketika melakukan tindakan demikian.

Bagaimanapun, ketika lelaki itu terjaga, dia hanya mampu ketawa melihat anaknya yang kelihatan gembira memotong rambutnya sehingga bertompok.

Tiada apa yang boleh dilakukannya selepas mendapat potongan rambut gaya baru dari anaknya.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap video tersebut sekadar konten semata-mata. Manakan tidak, siapalah yang boleh tidur sebegitu nyenyak ketika rambutnya dipotong, kan?

Siapa yang ada anak, harap jauhkan mesin rambut dari mereka takut kejadian ini berlaku pada anda pula.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article