Bertuah! Wawa, Aeril hadiahkan anak-anak sebuah rumah sempena birthday, simpan wang untuk masa depan

LocalEntertainment
1 Dec 2024 • 2:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

UNTUNGNYA anak-anak pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang menerima hadiah dua unit kondominium kepada dua orang anaknya.

Bertuah badan! Walaupun baru mencecah usia 11 tahun dan empat tahun, anak sulung serta ketiga pasangan itu, Soffya dan Fahri masing-masing sudah memiliki rumah sendiri sempena ulang tahun kelahiran yang disambut semalam.

image is not available

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, berkata keputusan membeli rumah jenis kondominium di Bangi, Selangor adalah sebagai aset dan kegunaan anak-anak pada masa hadapan.

"Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.

"Rumah yang dibelikan tidaklah terlalu mahal, berpatutan sahaja. Mengenai harga, rasanya tak perlu saya kongsikan.

Tambah Wawa, beliau dan Aeril menyediakan setiap anaknya sebuah rumah di samping menyimpan wang.

"Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah. Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan.

image is not available

"Duit simpanan itu akan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Semua itu hasil perniagaan kami.

Untuk rekod, Aeril atau sebenarnya Suhairil Sunari, 35, dan Wawa berkahwin pada tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.