Untungnya! Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan Anak Kondominium Sempena Hari Jadi - "Ini Untuk Masa Depan Mereka"

30 Nov 2024 • 5:31 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pasangan pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan seunit kondominium masing-masing buat dua orang cahaya mata mereka, Soffya dan Fahri sempena sambutan hari jadi tahun ini.

"Kali ini kami bagi anak-anak rumah dan itu adalah untuk masa depan mereka. Setiap seorang kami sudah sediakan sebuah rumah jenis kondominium di sekitar kawasan Bangi.