“Bertudung Pegang-Pegang? Memalukan Islam” – Zara Zya Dikecam Gara-Gara Babak Mesra Dalam Drama

LocalEntertainment
26 Jun 2026 • 12:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Babak mesra dalam drama Luka Di Hujung Setia mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelakon berhijab, Zara Zya.

Ada yang merasakan adegan bersama aktor Irfan Zaini itu tidak selari dengan imej yang dibawa Zara selama ini. Menyedari kekecewaan tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu tampil memohon maaf kepada penonton.

Zara Zya faham peminat kecewa

View this post on Instagram

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Lapor mStar, Zara berharap penonton dapat melihat drama berkenaan daripada sudut penceritaan dan realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

Saya faham peminat yang kecewa tapi saya juga faham dengan kerja yang saya buat. Untuk sesiapa yang kecewa saya minta maaf sangat. Macam saya cakap sebelum ini, tontonlah drama ini secara positif sekadar niat ingin menonton saja. Apa yang kami persembahkan hanyalah kisah realiti dalam masyarakat.

Dalam menjayakan karakter Dhia, Zara mengakui dia sebenarnya pernah cuba berbincang supaya adegan melibatkan sentuhan fizikal dapat dikurangkan.

zara zya

Bagaimanapun, pelakon itu berkata perkara tersebut agak sukar dielakkan sepenuhnya apabila proses penggambaran sudah berlangsung.

Mula-mula pun saya cakap kita boleh berbincang untuk cuba elak babak-babak bersentuhan tetapi apabila dalam penggambaran agak sukar juga. Di masa hadapan saya akan lebih berhati-hati. Saya rasa tak sesuai untuk watak Dhia (penyondol) ini tetapi saya cuba sehabis baik. Saya pun takut nak jayakan watak ini sebab kita bukan orang macam itu.

Pengalaman membawakan watak Dhia turut membuatkan Zara lebih mengenali batas dan kesesuaian karakter yang mahu diterimanya selepas ini.

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menjayakan watak sebagai penyondol pada masa hadapan.

Pssttt! Setiap pelakon sememangnya berdepan cabaran untuk menghidupkan karakter yang mungkin berbeza dengan personaliti sebenar. Namun, sensitiviti penonton juga wajar dihormati, lebih-lebih lagi apabila melibatkan imej dan batas yang selama ini dibawa seseorang artis.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Bertudung Pegang-Pegang? Memalukan Islam” – Zara Zya Dikecam Gara-Gara Babak Mesra Dalam Drama appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved