Jadi ‘Penyondol’ Dalam Drama LDHJ, Zara Zya Teruk Dikecam Netizen – “Babak Macam Tengok ‘Blue'”

Entertainment
26 Jun 2026 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Zara Zya mendedahkan dia tidak lagi akan menerima sebarang tawaran membawakan watak sebagai penyondol atau orang ketiga selepas menjayakan karakter Dhia dalam drama Luka Di Hujung Setia.

Menurut pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, watak sedemikian tidak sesuai dengan dirinya dan dia mahu lebih berhati-hati dalam memilih naskhah pada masa akan datang.

Advertisement

“Ini pertama dan terakhir kali saya bawa watak penyondol. Lepas ni insya-Allah tak ada lagi. Bukan takut dibenci peminat atau sesiapa tetapi ini untuk diri saya sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman di set penggambaran, Zara mengakui dia cuba sedaya upaya mengelakkan babak bersentuhan dengan hero gandingannya, Irfan Zaini, namun ada beberapa situasi yang sukar dielakkan ketika menjalani penggambaran.

“Di masa hadapan saya akan lebih berhati-hati. Saya rasa tak sesuai untuk watak Dhia (penyondol) ini tetapi saya cuba sehabis baik. Saya pun takut nak jayakan watak ini sebab kita bukan orang macam itu,” jelasnya.

Sebelum ini, drama Luka Di Hujung Setia menjadi perhatian selepas video teaser yang memaparkan beberapa babak mesra antara Zara dan Irfan tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ramai berpendapat adegan tersebut kurang sesuai dengan imej Zara yang kini tampil berhijab.

Mengulas mengenai kritikan yang diterima, Zara memohon maaf kepada peminat yang berasa kecewa dan berharap penonton dapat melihat drama itu sebagai sebuah karya yang mengangkat realiti kehidupan masyarakat.

zara zya

“Untuk sesiapa yang kecewa saya minta maaf sangat. Macam saya cakap sebelum ini, tontonlah drama ini secara positif sekadar niat ingin menonton saja. Apa yang kami persembahkan hanyalah kisah realiti dalam masyarakat,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Jadi ‘Penyondol’ Dalam Drama LDHJ, Zara Zya Teruk Dikecam Netizen – “Babak Macam Tengok ‘Blue'”2026-06-26 12:12:16

Abby Abadi Luah Rasa Terkilan? Netizen Kaitkan Dengan Sikap Marissa - "Saya Dah Tak Penting..."

The post Jadi ‘Penyondol’ Dalam Drama LDHJ, Zara Zya Teruk Dikecam Netizen – “Babak Macam Tengok ‘Blue'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved