“Bertudung Tapi..” – Peminat Dakwa Pakaian Hawa Rizwana Makin Ketat Sejak Popular

19 Dec 2022 • 2:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pasti ramai mengenali pengacara sedang meningkat naik, Hawa Rizwana yang mempunyai pakej lengkap sebagai personaliti TV.

Mana taknya, selain mempunyai rupa paras yang cantik, Hawa juga mempunyai bakatnya tersendiri. Tak cukup dengan itu, Hawa berjaya menamatkan pengajian master dengan keputusan cemerlang tau.

image is not available

Namun, baru-baru ini Hawa menerima teguran daripada netizen yang mendakwa pakaiannya terlalu ketat untuk wanita berhijab.

Di ruangan perkongsian gambar yang dibuat Hawa di Instagram, peminat meluahkan rasa kesal melihat Hawa semakin berani tampil seksi selepas popular.

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga peminat meluahkan rasa rindu dengan imej sopannya ketika mula-mula muncul di televisyen sebagai pembaca berita beberapa tahun lalu.

Kredit: Instagram Hawa Rizwana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article