“Makin Lama Makin Sendat” – Pakai Seluar Ketat, Penampilan Hawa Rizwan Ketika Jadi Hos Dikritik

Women's Fashion
19 Dec 2022 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara dan personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan baru-baru ini telah memuat naik sebuah hantaran memaparkan dirinya ketika menjadi hos di sebuah program.

Menerusi hantaran tersebut, pengacara berusia 27 tahun itu dilihat menggayakan blazer berwarna silver bersama seluar leather jenis skinny berwarna hitam.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah seluar yang dipakai oleh Hawa dikatakan terlalu ketat sehingga mendedahkan bentuk kakinya.

“At work” tulis Hawa di ruangan kapsyen.

Susulan itu, penampilan pengacara rancangan MeleTop itu telah mengundang kritikan pengguna media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menegur pakaian yang dikenakan oleh Hawa tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang meminta Hawa untuk tidak terlalu mengikut trend fesyen terkini walaupun bekerja sebagai seorang pengacara hiburan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Mana Yang Acah-Acah Ustaz?" - Kongsi Video Anjing K9 Bantu Cari Mangsa Tanah Runtuh, Fezrul Khan Perli Netizen

View Original Article