
Malam semalam, kecoh di Twitter tentang insiden rempuhan orang ramai di Itaewon, Seoul, Korea Selatan sehingga kata kunci ‘Itaewon’ trending di Twitter.
Menurut BBC, lebih 140 orang maut akibat rempuhan orang ramai ketika sambutan Halloween diadakan di kawasan Itaewon itu.
Manakala sekitar 150 orang lagi cedera dalam kejadian itu.
Dalam video-video yang berlegar di Twitter, dapat dilihat ramai mangsa yang mengalami sesak nafas akibat berhimpit dalam kejadian itu telah menerima pertolongan cemas iaitu CPR selepas mengalami masalah pernafasan.
truly the scariest halloween of my life—30 down, 400 rescue workers deployed. please avoid itaewon and stay safe. #이태원사고 pic.twitter.com/PC1GBJt7qk
— Chloe Park
in Seoul (@chloepark) October 29, 2022
Difahamkan, kejadian rempuhan atau stampede itu berlaku kerana sambutan Halloween telah diadakan di kawasan Itaewon yang tidaklah begitu luas, justeru tidak mampu memuatkan begitu ramai pengunjung dalam satu masa.
Manakala, pengunjung yang hadir ke sambutan Halloween itu pula dilaporkan hampir mencecah 100 ribu orang.

Jadi, apabila terlalu ramai pengunjung berada di kawasan itu dalam satu-satu masa, ia telah menyebabkan rempuhan dan ramai yang terhimpit akibat lautan manusia yang terlalu ramai.
Untuk pengetahuan anda juga, kawasan Itaewon itu juga terkenal dengan hiburan malam hari kerana ia berdekatan dengan banyak kelab malam dan bar.
Pihak bomba dan ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberi bantuan secepatnya.

Difahamkan juga, acara pesta Halloween tahun ini merupakan yang pertama di negara itu setelah tiga tahun tidak diadakan akibat COVID-19 dan sekatan penjarakan sosial.
Memetik laporan Astro AWANI pula, ada saksi yang berkongsi dengan media di sana bahawa keadaan di Itaewon malam ketika kejadian itu adalah 10 kali lebih sesak daripada hari-hari biasa.
Ada juga video di Twitter yang menunjukkan bahawa ratusan orang terpaksa berhimpit di sebuah lorong yang curam akibat ada individu yang berada di depan yang terjatuh yang kemudiannya telah menyebabkan orang ramai di belakang barisan tidak dapat bergerak.
Ada yang terpaksa ditarik oleh bomba untuk dikeluarkan daripada lautan manusia berkenaan akibat tertindih.
#BREAKING: #SouthKorea's fire department said 81 people have breathing problems after the #stampede at #Itaewon in #Seoul, South Korea Saturday night when over 100 thousand revellers crammed for #Halloween celebrations.#SeoulStampede #BREAKING_NEWS#CardiacArrest pic.twitter.com/oMlXDcYm7V
— Sheikh Nabeel (@SheikhNabeel786) October 29, 2022
Untuk yang nak lebih faham bagaimana rempuhan orang ramai boleh menyebabkan kematian, korang boleh tonton video YouTube BrainStuff ini.
Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini ditabahkan hati untuk menghadapi ujian ini.
Sumber: BBC, Astro AWANI
Baca: “Lain macam level kreatif”- Ini 10 ‘Design’ Labu Unik Sempena Halloween, Ada Bentuk Virus COVID-19!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


