Beruang Berguling Kesakitan, Dipercayai Kena Langgar Di LPT2

Entertainment
4 Nov 2024 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular video seekor beruang dilihat berguling kesakitan selepas dipercayai dilanggar di Kilometer (km) 422, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Menurut laporan Sinar Harian, insiden menyayat hati itu dikongsi pengguna media sosial dikenali sebagai Khairul Nizam menerusi rakaman video berdurasi 59 saat di laman Facebook miliknya pada hari ini.

Dalam hantaran tersebut, difahamkan dia merupakan antara individu terawal yang memandu di kawasan itu, dia sempat merakam keadaan beruang tersebut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

“Dari jauh, ingatkan ada rider kena langgar,sebab size dia besar, sama besar dengan manusia. Dah dekat baru perasan beruang. Dia cuba nak bangun, tapi tak dapat, mungkin patah ke apa. Lepas tu, terus call LPT2 untuk hantar peronda.

Kesian kat beruang tu, harap jabatan perhilitan ambil rawat. Masa tu jugak, monyet-monyet dalam hutan sebelah kiri tu, bukan main kuat lagi menempik-nempik tak tau kenapa mungkin diorang nampak,” tulisnya.

Dalam pada itu, menurut laporan yang sama difahamkan Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong dihubungi dan enam kakitangan jabatan itu telah pergi ke lokasi kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari pada Ahad. Namun, beruang tersebut sudah tiada di lokasi yang dinyatakan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.