Beruang ganas ‘curi’ durian tewas

LocalEnvironment
20 Aug 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Beruang ganas ‘curi’ durian tewas

DUNGUN – Kebimbangan kira-kira 300 penduduk Kampung Padang Ping, di sini, berakhir selepas seekor beruang matahari jantan yang mengganas sejak Isnin lalu lalu berjaya ditangkap semalam.

Haiwan liar terbabit masuk perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pukul 3 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Padang Ping, Nik Othman Nik Omar berkata, beruang matahari itu didakwa telah menceroboh dusun durian penduduk.

“Banyak buah durian yang luruh dimakan haiwan liar itu dalam tempoh dua hari ini. Ia juga menyebabkan kami ketakutan untuk masuk dusun bagi mengutip durian mereka,” ­katanya di Kampung Padang Ping, di sini semalam.

Nik Othman berkata, penduduk kampung lega apabila Perhilitan dapat menangkap beruang matahari terbabit selepas aduan dilakukan.

Begitupun katanya, mereka tetap berjaga-jaga memandang­kan sudah tiga kali perkampu­ngan tersebut diceroboh beruang matahari sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, haiwan liar yang masuk perangkap itu dianggarkan seberat 70 kilogram.

“Keadaannya dilaporkan sihat tanpa sebarang kecede­raaan. Kita percaya beruang matahari itu tersesar dari hutan simpan berhampiran.

“Anggota Perhilitan Daerah Dungun telah mengambil haiwan liar itu untuk proses translokasi ke habitat yang bersesuaian,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Beruang ganas ‘curi’ durian tewas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved