Beruang Kena Rempuh, Malangnya Jabatan Perhilitan Tak Jumpa!

LocalEnvironment
5 Nov 2024 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Rupa-rupanya seekor beruang matahari yang dirakam berguling-guling di atas jalan raya bukannya bermain tetapi sedang mengerang kesakitan akibat dirempuh kereta.

Kejadian dikatakan berlaku Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuantan, Pahang kelmarin.

Menerusi rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @wnurulhusna, terdapat luka dan darah pada badan serta muka beruang terbabit seolah-olah baru terlibat dalam kemalangan jalan raya.

image is not available

Kelihatan serpihan kaca dan badan kenderaan bertaburan di atas laluan lebuh raya tersebut.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengesahkan pihaknya ada menerima laporan seekor beruang matahari dilanggar di Kilometer 422, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, seramai enam kakitangan Perhilitan negeri yang bergegas di lokasi dimaksudkan gagal menemui beruang matahari terbabit.

“Usaha mencari haiwan liar itu sedang dilakukan. Saya juga berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan haiwan itu segera lapor kepada pihak Perhilitan,” katanya.