Berubah Terus Jadi ‘Wanita’, Penampilan Terkini Saiful Malaysian Idol Buat Netizen Terkelu – “Sayangnya, Kenapa Macam Ni”

EntertainmentLifestyle
26 Jun 2025 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lama menyepi daripada dunia hiburan, masih ingatkan anda dengan penyanyi kelahiran program realiti TV Malaysia Idol (2004) iaitu Saiful?

Beberapa tahun lalu, namanya menjadi bualan hangat netizen di media sosial gara-gara tularnya satu imej terbaru penyanyi kelahiran Sarawak tersebut yang tampil feminin.

image is not available 3 years ago

"Sudah Tukar Kah?" - Semakin 'Wanita', Penampilan Terkini Saiful Malaysian Idol Buat Netizen Kecewa

Terbaru, dalam satu video yang tular di media sosial, sekali lagi Saiful mencuri perhatian dan membuatkan ramai netizen terkejut apabila dilihat sudah berubah sepenuhnya.

Dalam video tersebut, Saiful dilihat berpenampilan seperti wanita dengan rambut lurus paras bahu malah turut mempunyai payudara.

Saiful yang duduk di sebuah lokasi dipercayai sebuah restoran sedang menyanyikan lagunya, Ku Juga Mencintaimu sambil dikelilingi sekumpulan individu.

Ramai netizen terkedu melihat penampilan terkini Saiful namun dia turut menerima pujian kerana suaranya masih hebat meskipun sudah lama menyepi daripada dunia seni.

Serious la ini rupa terbaru dia? Tapi vokal tetap sedap ye.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available