“Beruntung” – Lee Sangyeob Selamat Berkahwin, Wajah Cantik Isteri ‘Eunbin’ Jadi Perhatian

Music
25 Mar 2024 • 9:03 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Akhirnya Lee Sang-yeob telah pun menamatkan zaman bujangnya!

Pada hari ini, pelakon itu telah pun melangsungkan perkahwinan yang gah namun tertutup di sebuah hotel di Jamsil, Seoul.

Malah ianya lebih meriah kerana dihoskan oleh teman rapat yang bekerja bersama di “The Sixth Sense” iaitu Yoo Jae-suk. Manakala lagu ucapan tahniah pula disampaikan oleh duo Melomance dan pemain violin Danny Koo.

Dalam pada itu, Oh Na-ra dilihat memuat naik foto sebagai tetamu di majlis berkenaan. Apa yang menariknya, dari foto itu dapat dilihat nama pasangan Lee Sang-yeob iaitu Eun-bin tertera di kad kahwin di atas meja tetamu.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja apabila mereka akhirnya dapat melihat wajah wanita yang berjaya mencuri hati lelaki itu. Dari video yang dimuat naik, ternyata ramai yang tersenyum melihat wajah manis Eun-bin.

Sebelum ini, Lee Sang-yeob bercerita bahawa dia jatuh cinta pandang pertama apabila melihat wanita itu dan mengumumkan mengenai perkahwinan mereka pada Ogos tahun lalu.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.