Nikahi Teman Wanita, Lee Sang Yeob Tamatkan Zaman Bujang

Entertainment
25 Mar 2024 • 10:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sang Yeob telah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya di Jamsil, Seoul pada Ahad.

Menurut laporan Pinkvilla, majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat untuk menjaga privasi pengantin perempuannya yang bukan selebriti.

Agensi selebriti berkenaan, UB Management sebelum ini telah mengumumkan bahawa pelakon itu telah memutuskan untuk berkahwin tahun ini telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat.

Mengenai pengantin perempuan yang bukan dalam kalangan selebriti, agensi itu hanya mengulas bahawa pelakon My Lovely Boxer itu telah bertemu seseorang yang istimewa, dan dia telah memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupnya dengan wanita tersebut.

Dalam pada itu, peminat turut mengucapkan tahniah kepada Sang Yeob menerusi media sosial dan sentiasa berharap agar dirinya sentiasa bahagia dengan pasangan.

Majlis berkenaan turut dihoskan oleh pengacara terkenal Korea Selatan, Yoo Jae Suk serta dihadiri oleh rakan-rakan selebriti terkenal termasuklah Seo Yea Ji, Melomance, dan Danny Gu.

Sumber: Pinkvilla