Berwajah Baharu, Proton X70 2025 Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM98,800

LocalCars
16 Aug 2024 • 10:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Proton Holdings Bhd (PROTON) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) model X70 2025 dengan wajah baharu pada harga bermula RM98,800, lapor Berita Harian.

Proton X70 2025 dilancarkan!

Ia menawarkan empat varian iaitu Standard (bermula RM98,800), Executive (bermula RM110,800), Premium (bermula RM123,800) dan Premium X (bermula RM126,800), semuanya dengan enjin 1.5L TGDI.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, pelancaran model versi 2025 itu adalah antara satu contoh PROTON memasuki fasa seterusnya dalam kerjasama dengan Geely.

“Dengan begitu banyak pencapaian sepanjang 18 bulan lalu, daripada pelancaran Proton X90 dan S70 kepada pengenalan kereta elektrik (EV) dari smart, serta pembukaan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China dan pelancaran e.MAS, adalah mudah bagi pelanggan untuk melupakan betapa jauhnya syarikat telah berkembang sejak pelancaran SUV pertama kami pada 2018.

“Dengan reka bentuk yang diperbaharui, kami yakin Proton X70 2025 akan terus menarik minat sebagai kenderaan yang dibangunkan dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk pengguna Malaysia dan sedunia,” katanya ketika majlis pelancaran di Putrajaya pada Khamis.

image is not available

Antara penambahbaikan dilakukan pada model tersebut adalah bahagian wajah depan dengan rekaan gril seperti X90 dan juga sedan S70 sekali gus membawa penampilan segar.

Selain itu, model X70 terbaharu dilengkapi dengan peranti yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto, yang akan membolehkan pelanggan memuat turut aplikasi berkenaan kelak secara over-the-air (OTA).

Malah bukan hanya dari segi kosmetik, sebaliknya PROTON turut melakukan tetapan semula terhadap aspek mekanikal selain mengandungi sebanyak 360 bahagian baharu, R&D serta ujian juga dijalankan dengan membabitkan 290,000 jam kerja.

image is not available

Pada masa sama, jarak sejauh 4.2 juta kilometer telah dilakukan ke atasnya demi memastikan model ini lebih serasi dan disesuaikan dengan keadaan pemanduan di Malaysia.

Dari aspek mekanikal, SUV ini ia masih menggunakan unit 1.5L TGDI yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan yang menjana sebanyak 130 kW (177 PS) pada 5,500 rpm serta tork 255 Nm antara 1,500 hingga 4,000 rpm.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)