Proton X70 Memang Laku Sejak 2018, 100,000 Unit Sudah Terjual

LocalCars
16 Aug 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton menyasarkan untuk menjual 2,000 model Proton X70 facelift 2025 dalam sebulan gara-gara menerima permintaan yang cukup menggalakkan setakat ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata, Proton X70 sememangnya menjadi pilihan pelanggan sehinggakan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit terjual dalam sebulan.

"Untuk Proton X70 2025, kami menyasarkan angka jualan dalam julat yang sama, lebih 1,000 dan sehingga 2,000 unit berdasarkan peningkatan dan harga kompetitif yang kami perkenalkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Proton X70 2025 di Putrajaya, semalam.

image is not available

Proton juga dikatakan berhasrat untuk mengeksport model itu ke lebih 10 negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pelancaran PROTON X70 2025 adalah salah satu contoh PROTON memasuki fasa seterusnya dalam kerjasama mereka dengan Geely.

“Dengan begitu banyak pencapaian sepanjang 18 bulan lalu, daripada pelancaran Proton X90 dan S70 kepada pengenalan EV dari smart, serta pembukaan pusat R&D di China dan pelancaran e.MAS, adalah mudah bagi pelanggan untuk melupakan betapa jauhnya syarikat telah berkembang sejak pelancaran SUV pertama kami pada tahun 2018,” katanya.

Proton X70 2025 didatangkan dalam 4 varian: varian Standard dijual pada harga (RM98,800), Executive (RM110,800 ROTON X70 2025 dikuasakan oleh enjin turbo 1.5-liter yang dipasang oleh PROTON di kilang enjin di Tanjong Malim, Perak.

image is not available

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 177 PS dan tork 255Nm.

Enjinnya dipadankan dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan bagi membolehkan pertukaran gear yang cepat, senyap dan empat peratus lebih menjimatkan bahan api.