
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Bermula hari ini (30 September), seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif sudah boleh menikmati petrol RON95 berharga RM1.99 seliter di bawah program BUDI95.
Penggunaan MyKad diperlukan untuk pengesahan terlebih dahulu sekiranya pembelian petrol dilakukan menerusi kaunter atau terminal pam minyak di mana had 300 liter ditetapkan untuk setiap bulan.
Pelaksanaan program ini mendapat sambutan yang baik, namun masih ada segelintir individu yang mempertikai mengenai had siling kelayakan 300 liter sebulan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Lelaki Dakwa Had 300 Liter Tak Cukup, Sekali Balik Kampung Dah Habis Buat Ramai Bingung
Tular lelaki isi RON95 ke dalam Wira sehingga RM200
Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki mengisi minyak RON95 ke dalam kereta jenis Proton Wira sehingga RM200.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @helangmalaya69_, kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam baru-baru ini di sebuah stesen minyak.
Dalam video tersebut, kelihatan RM200 berkenaan bersamaan dengan 97.56 liter RON95 di mana harga ketika itu masih RM2.05 seliter berbanding hari ini RM2.60 seliter.
Dakwa tangki Wira sudah diubahsuai
Pemilik akaun TikTok yang berkongsi video tersebut mendakwa bahawa tangki Wira terbabit telah diubahsuai.
“Bayangkan, kereta Wira boleh telan minyak sampai RM200, nampak jelas sangat tangki ubahsuai. Sebab itu had kuota 300 liter dan pengesahan MyKad sangat penting,” tulisnya di kapsyen.
Bagaimanapun, rakaman yang hanya berdurasi 18 saat itu tidak dapat dipastikan dengan jelas sama ada minyak terbabit sememangnya dimasukkan ke dalam tangki kereta atau ke dalam sebuah tong berasingan.
Malah, tidak dapat dipastikan juga sama ada minyak tersebut ingin digunakan bagi tujuan kegunaan mesin yang menggunkan petrol untuk pembakaran atau sebaliknya.
@helangmalaya69_ Bayangkan, kereta Wira boleh telan minyak sampai MYR200.00 Nampak jelas sangat tangki ubah suai. Sebab itu had kuota 300L & pengesahan MyKad sangat penting.
♬ som original – Julião Drift
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang dakwa minyak petrol ingin diseludup
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video tersebut.
Ada yang mendakwa lelaki itu ingin menyeludup minyak bersubsidi terbabit ke negara lain atau menjualnya kepada warga asing.
Malah, ada yang mengaitkan perkara itu dengan keluhan segelintir pihak sebelum ini yang mendakwa bahawa 300 liter RON95 sebulan adalah tidak mencukupi.



Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September
Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Tak Perlu Beratur Dekat Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak [Video]



