Kerajaan Saran Orang Ramai Semak Ketepatan Data MyKad Dan Lesen Memandu Untuk Kelayakan Inisiatif BUDI95

Digital
30 Sep 2025 • 1:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan menyarankan orang ramai agar menyemak dan memastikan maklumat pada MyKad serta lesen memandu masing-masing adalah tepat dan sepadan. Langkah ini penting bagi menjamin kelayakan menerima subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

image is not available

Dalam satu kenyataan rasmi, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa hasil semakan bersama Kementerian Pengangkutan (MoT) telah mengenal pasti isu berkaitan maklumat pada lesen memandu.

Antara yang dikesan ialah penggunaan nombor pengenalan lama seperti nombor polis, nombor tentera atau nombor kad pengenalan lama.

Maklumat tersebut tidak sepadan dengan format MyKad 12 digit yang digunakan dalam sistem semakan kelayakan subsidi sekaligus berpotensi menjejaskan proses pengesahan penerima.

image is not available

Sehubungan itu, mereka yang layak disarankan untuk memastikan lesen memandu mereka mengandungi maklumat lengkap dan terkini. Ini merangkumi penggunaan nombor MyKad 12 digit yang direkod dengan betul, nama pemegang lesen yang tepat serta kelas dan jenis kenderaan yang dinyatakan secara jelas.

image is not available

Langkah ini penting kerana maklumat pada lesen memandu akan dipadankan dengan data MyKad yang berfungsi sebagai dokumen pengesahan melalui terminal pembayaran di stesen minyak.

Pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95 secara terbuka bermula hari ini. Orang ramai boleh merujuk artikel sebelum ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses dan syarat kelayakan