“Besor bethol!” – Penduduk Terkejut Jumpa Buaya Besar Melintas Tengah Jalan Di Kuantan

Entertainment
13 Dec 2022 • 10:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di kala musim hujan dan kebanyakan tempat dinaiki air, penduduk di kawasan berkenaan diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling kerana bimbang didatangi oleh ‘tetamu’ yang tidak undang.

Baru-baru ini, tular satu video di Facebook Warga Kuantan Official yang memaparkan seorang pemandu kereta berhadapan dengan seekor buaya yang sedang melintas di tengah jalan.

Buaya tersebut walaupun tidak menyerang, namun kelibatnya di kawasan itu agak menggerunkan kerana saiznya yang agak besar.

Kejadian berkenaan katanya berlaku di Jalan Air Hitam Seri Damai, Kuantan. Buaya tersebut juga dikatakan telah naik ke darat dek kerana keadaan air sungai yang melimpah ke jalan raya.

“Ya Allah besarnya!”

Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen yang ternyata berasa gerun dengan kehadiran buaya di kawasan tersebut.

Ada juga mengatakan buaya berkenaan tidak mengganggu manusia dan ia berasal dari Sungai Belat yang berdekatan dengan kawasan tersebut.

image is not available

image is not available

Apa-apapun dalam musim hujan dan banjir ni, korang berhati-hatilah ye. Kalau nampak benda pelik naik dari sungai tu, cepat lari jauh-jauh…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.