“Best blessing ever” – Lelaki Kongsi Kisah Bawa Mak ‘Foodhunting’ Ini Raih Pujian Netizen

Entertainment
9 Jan 2023 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti ramai yang tahu bahawa dalam Islam, anak-anak diajar untuk sentiasa menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa kerana mereka lah yang bersusah payah menjaga dan membesarkan kita.

Oleh itu, akan tiba suatu fasa dalam kehidupan kita apabila kita mampu dari segi kewangan ataupun kudrat untuk kita menjaga dan membahagiakan mereka maka, kita harus mengambil peluang sedemikian.

Baru-baru ini, telah tular sebuah ciapan di Twitter mengenai seorang lelaki yang berkongsi tangkapan skrin chat Whatsapp daripada ibunya telah meraih perhatian warganet.

Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat lelaki tersebut meluahkan rasa sebak selepas membaca teks ringkas yang dikirimkan oleh ibunya itu melalui aplikasi WhatsApp tersebut.

Difahamkan, ibunya itu berterima kasih kepadanya setelah membawanya berjalan-jalan di sekitar Melaka dan juga menunaikan beberapa hajat yang diidamkan oleh si ibu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Anep itu, telah berkongsi beberapa foto kenangan bersama ibunya itu pada thread di dalam ciapan tersebut.

Beli jemput-jemput yang ibu mengidam..

image is not available

Dari sebuah ciapan berasingan, dipercayai Anep telah membawa ibunya foodhunting di beberapa tempat.

Bukan itu sahaja, Anep juga telah memenuhi hajat ibunya dengan membawa durian dan jemput-jemput Shima. Tanpa pengetahuannya, ibunya itu sudah lama mengidam makanan-makanan tersebut.

Mengakhiri ciapan tersebut, Anep sempat menitipkan pesanan buat semua warganet termasuk dirinya untuk sentiasa curi masa daripada kesibukan dunia dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta sementara mereka masih ada di dunia ini.

image is not available

“Nice bro, keep making your mom happy!” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih selepas membaca ciapan tersebut dan ada juga yang menitipkan doa kepada Anep dan memintanya agar teruskan berbakti kepada ibunya itu.

image is not available

Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.