“Best day of my life” – Kamal Adli Luangkan Masa Dengan Hawra, Netizen Tumpang Gembira

EntertainmentFamily & Parenting
13 Feb 2026 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Di sebalik badai yang melanda kehidupan peribadinya, pelakon Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, membuktikan bahawa kebahagiaan sebenar tidak memerlukan kemewahan, cukup sekadar kehadiran puteri kesayangannya, Hawra Uqaira.

Menerusi hantaran menyentuh hati di Instagram dan Threads hari ini, Kamal berkongsi momen yang menyifatkan tempoh masa tersebut sebagai detik yang cukup bermakna dalam hidupnya.

Menerusi video yang tular, Kamal dilihat membawa Hawra, yang kini berusia kira-kira 21 bulan, menikmati hidangan di sebuah restoran makanan Jepun. Gelagat mesra dua beranak itu nyata mencuri perhatian netizen, terutamanya apabila melihat Kamal tidak lekang dengan senyuman dan gelak tawa sepanjang pertemuan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Bagi peminat, melihat wajah ceria ‘Ketua Presiden’ kembali bersinar adalah satu kelegaan besar. Kata-kata ringkas Kamal, “Best day of my life” sudah cukup untuk menggambarkan betapa mahalnya waktu berkualiti itu buat dirinya selepas sah bercerai talak satu dengan Uqasha Senrose pada Januari lepas.

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan kata-kata sebak dari netizen serta peminat pelakon itu, ramai juga yang mengakui terpancar kebahagiaan di wajah Kamal ketika bermain dengan puterinya itu.

image is not available

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.