“Best Friend Sangat!” – Peminat Teruja Lihat Jennie BLACKPINK Hadir Beri Sokongan Di Konsert SEVENTEEN

Music
28 Apr 2024 • 10:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Jennie telah dilihat hadir ke konsert SEVENTEEN!

Pada 27 April, SEVENTEEN telah mengadakan konsert jelajahnya “SEVENTEEN FOLLOW AGAIN” di Seoul, dan konsert tersebut telah dihadiri oleh ribuan peminat dari seluruh dunia serta selebriti terkenal Korea.

Salah seorang selebriti yang hadir memberi sokongan ialah Jennie. Di mana, ahli BLACKPINK itu telah dilihat teruja menari dan melambaikan tangan ke arah pentas sepanjang konsert tersebut dijalankan.

Malah, selepas konsert itu tamat, Jennie juga telah dilihat berbual dan berjalan bersama Woozi SEVENTEEN, menuju ke belakang pentas.

Meskipun memiliki jadual yang sibuk, terutamanya kerana lagu kolaborasinya bersama Zico baru dikeluarkan, Jennie telah dipuji kerana tetap sanggup mencari masa untuk memberikan sokongan buat sahabatnya itu.

Peminat juga berharap untuk melihat lebih banyak lagi interaksi diantara kedua-dua penyanyi berbakat ini di masa yang akan datang.

Seronoknya tengok persahabatan mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.