Betamek kini miliki kelebihan sebagai Gudang Pengilangan Berlesen dan Pusat Perolehan Antarabangsa menerusi penubuhan Sanshin

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2026 • 3:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Betamek kini miliki kelebihan sebagai Gudang Pengilangan Berlesen dan Pusat Perolehan Antarabangsa menerusi penubuhan Sanshin Image from: Betamek kini miliki kelebihan sebagai Gudang Pengilangan Berlesen dan Pusat Perolehan Antarabangsa menerusi penubuhan Sanshin hamden23/06/2026 - 15:16 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Jun - Betamek Berhad akan menggunakan kelebihan sebagai Gudang Pengilangan Berlesen (LMW) dan Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC) yang dimilikinya Betamek Sanshin Sdn Bhd (Sanshin) untuk pengembangan syarikat di masa depan.

 

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, status LMW dan IPC akan membolehkan Betamek menawarkan rumusan komprehensif kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan pembuatan rentas sempadan, perolehan bahan dan pengedaran produk di peringkat serantau.

 

“Keupayaan ini membolehkan proses import dan eksport dilaksanakan dengan lebih cekap, meningkatkan fleksibiliti rantaian bekalan serta menyokong syarikat yang ingin mewujudkan atau memperluaskan operasi mereka di Malaysia dan rantau ASEAN,” kata kenyataan itu sempena pelancaran awal Sanshin.

 

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan Betamek, Mirzan Mahathir bersama Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Shenzhen Zhonghong Technology Co. Ltd., Su Jun.

 

Betamek berkata, penubuhan Sanshin mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkukuh hubungan dengan pelanggan dan rakan strategik, selain membuka peluang perniagaan baharu ketika Malaysia terus menjadi destinasi pilihan syarikat antarabangsa yang ingin mengembangkan operasi di Asia Tenggara.

 

Pengarah Eksekutif Betamek, Muhammad Fauzi Abd Ghani berkata, pelancaran Sanshin merupakan langkah penting dalam usaha syarikat memperkukuh penglibatan dengan pelanggan, rakan perniagaan dan pelawat antarabangsa.

 

“Dengan keupayaan LMW dan IPC yang tersedia, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong syarikat yang memerlukan penyelesaian pembuatan rentas sempadan, perolehan dan pengedaran serantau yang cekap.

 

“Ketika semakin banyak perniagaan melihat Malaysia sebagai pintu masuk ke ASEAN, Sanshin menyediakan platform kukuh untuk memudah cara perbincangan yang bermakna, memacu kerjasama operasi serta membina perkongsian jangka panjang,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved