“Betina mmg banyak masalahkan?” – Gadis Cuak, Pemandu E-Hailing Tiba-tiba Mengamuk, Siap Hentak Stereng

Entertainment
12 Jul 2022 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malang tidak berbau, keselamatan diri terutamanya buat kaum wanita sangat sukar dikawal lebih-lebih lagi jika bersendirian di tempat awam.

Banyak langkah keselamatan yang perlu diambil jika anda sedang berseorangan, antaranya ialah sentiasa memberitahu di mana anda berada kepada rakan dan ahli keluarga terdekat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis terpaksa berdepan dengan sesuatu yang menakutkan ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing.

@ezzatyzaludin_

bad experience for me image is not available girls please berhati -|| lepas ni #maximmalaysia #kuantan #fyp #awareness #fypage *part2 nanti kita sambung

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Video berdurasi seminit itu memaparkan point of view (POV) seorang gadis yang ketakutan apabila pemandu e-hailing tersebut tiba-tiba mengamuk dan meninggikan suara hanya kerana dia marah dengan penumpang sebelum gadis itu.

“Lawa sangat ke perempuan sekarang ni?!”

Mungkin pemandu lelaki tersebut hanya mahu meluah perasaan geramnya terhadap penumpang sebelum ini, tetapi tindakannya itu membuatkan gadis yang sedang dibawanya itu berada dalam ketakutan.

Tidak cukup dengan itu, pemandu tersebut juga berteriak sambil menghentak stereng dan meludah keluar tingkap.

Sudah pastinya, insiden yang dipercayai berlaku di Kuantan, Pahang itu menimbulkan rasa marah netizen malah, ramai juga yang merasakan perkara itu amat menakutkan terutama sekali kepada kaum wanita.

image is not available

Marah orang lain, orang lain pulak kena. Ish!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.