Beto sanggup batalkan acara promosi filem, lawat mahaguru silat Pendita Gayong

LocalMovie
14 May 2025 • 1:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Beto sanggup batalkan beberapa acara penting yang melibatkan promosi filem Gayong demi melawat Pendita Utama Pusaka Gayong Datuk Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @Brader Filem di laman Facebooknya, dapat dilihat Beto atau nama sebenarnya NurKhusyairy Zakuan Osman bersama isterinya melawat Dr Raja Abdul yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pantai Amanjaya, Kedah.

Beto sanggup batalkan

image is not available

Dalam perkongsian itu, ramai yang memuji sikap yang ditunjukkan oleh aktor yang berusia 45 tahun itu dalam menjaga adab serta menghormati mahaguru silat pendita Gayong.

“Inilah contoh terbaik untuk ramai orang, terutamanya anak muda. Bahawa silat bukan saja tentang ilmu mempertahankan diri. Malah, ia juga mengajar tentang akhlak dan adab.

“Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah mengurniakan kesembuhan kepada Ayahanda,” ujarnya.

Beto sanggup batalkan

image is not available

Semoga cepat sembuh

Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan agar Dr Raja Abdul kembali sembuh seperti sedia kala dan sentiasa dalam lindungan Allah.

image is not available

Untuk makluman, filem Gayong yang sudah mula ditayangkan pada 8 Mei di pawagam seleuruh negara diinspirasikan daripada kisah Pengasas Silat Gayong, Mahaguru Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR).

Beto Kusyairy sebagai teraju utama membawa watak ADMAR, bersama-sama barisan pelakon popular lain seperti Syafie Naswip, Nabila Huda, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Sumber: Facebook @Brader Filem