Betty Rahmad Cabar Diri Hafal Surah Al Kahfi - “Dulu Semua Lagu Adele Saya Hafal, Sekarang Nak Gunakan Masa Hafal Surah”

9 Mar 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Betty Rahmad tidak melepaskan peluang dan mengambil kesempatan di bulan Ramadan dengan mencabar dirinya untuk menghafal surah Al Kahfi.
 

Proses hafalan agak mencabar

 

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Betty mengakui proses penghafalan surah Al Kahfi adalah sangat mencabar.

“Kalau dulu semua lagu Adele saya hafal. Sekarang nak gunakan masa yang ada hafal surah surah pilihan. 

“Tahun ini saya cabar diri saya untuk hafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dalam bulan Ramadan ni. 

“Surah yang sangat mencabar nak hafal dalam banyak banyak surah. Tak tahu kenapa doakan saya okay,” tulisnya.

 

 

 


Ajak orang ramai turut serta

Dalam hantaran yang sama, adik kepada pengarah Erma Fatima ini juga turut mengajak orang ramai untuk menghafal satu surah dalam bulan Ramadan.

“Jom korang cuba hafal satu surah dalam bulan Ramadan ni, tak kira pendek atau panjang.

“Yang penting kita cuba dan usaha. Jom! Korang nak hafal surah apa?” coretnya.

Berikut merupakan video merakamkan Betty sedang membaca Al-Quran:

        View this post on Instagram                      

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)