“Betul Ada RM500 Je, Aku Lost Sebenarnya..” – Muntazar Akui Punca Kewangan Terjejas Adalah Aktiviti ‘Trade’

LocalBusiness & Finance
13 Jun 2025 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi siaran langsung di TikTok, personaliti media sosial Acap S bertanya kepada Muntazar mengenai isu kewangannya yang dikatakan tidak stabil.

Dalam masa yang sama, Acap menyoal aktor tersebut sama ada masalah kewangannya disebabkan aktiviti perniagaan tukar beli matawang (trading) atau sebaliknya.

image is not available

Betul ke kau ada RM500 je? Aku kenal kau, kau banyak duit. Sebab trade ke?

Muntazar, atau nama penuhnya Muhammad Muntazar Ghufran, mengakui bahawa dia mengalami masalah kewangan yang berpunca daripada ‘trading’.

Betul, aku ada RM500 sahaja. Masa tu tahun lepas, kewangan aku teruk. Betul, disebabkan trading, aku lost sebenarnya.

Sebelum itu, Saidah meluahkan rasa marah terhadap tindakan Muntazar yang didakwa menggodam akaun TikTok miliknya.

Saidah turut menarik perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatalkan kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

Imbas kembali, Saidah pernah bertunang dengan Muntazar pada Mei tahun lalu. Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan bahawa mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Laki Saya Kuat 'Nganjing' Saya" - Sharifah Sakinah Akhrinya Dedah Wajah Suami Baru