“Tengah Gaduh” – Ira Kazar Dah Ada Pengganti?

EntertainmentLifestyle
28 May 2025 • 7:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ira Kazar

Nampaknya selebriti media sosial, Ira Kazar, sudah mula memberi bayangan bahawa hatinya sudah ada seseorang. Biar betul?

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ira menjawab secara spontan soalan daripada pengikut yang bertanya sama ada dia sudah bersedia mencari pasangan hidup baharu.

“Tengah gaduh,” jawab Ira sambil tersenyum,sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa dia sedang dalam fasa mengenali seseorang.

Siapa jejaka misteri tambat hati Ira Kazar tu?

image is not available

Jawapan ringkas itu walau bagaimanapun tidak disusuli dengan pendedahan lanjut, malah Ira memilih untuk terus berahsia mengenai identiti individu yang mungkin sedang rapat dengannya kini.

Nanti akan ada peneman hidup… bila dah sampai masanya.

Sejarah perkahwinan Ira Kazar

image is not available

Untuk info, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Namun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila mereka sah bercerai talak satu pada 5 Mac 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Pssttt! Jangan terburu-buru dalam mencari pengganti. Hati yang pernah terluka perlu masa untuk sembuh, dan cinta sejati hadir bila kita benar-benar bersedia.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

View Original Article