Betul-Betul Ikut Rukun Negara Kesopanan Dan kesusilaan, Pendaratan 'Masterclass' Pilot Malaysia Raih Perhatian

22 Oct 2026 • 12:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Betul-Betul Ikut Rukun Negara Kesopanan Dan kesusilaan, Pendaratan 'Masterclass' Pilot Malaysia Raih Perhatian

Seperti yang diketahui, bukan mudah untuk menjadi seorang juruterbang kerana mereka perlu memastikan semua penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

Juruterbang juga perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk apabila berlakunya cuaca buruk.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang menyaksikan aksi juruterbang dipercayai milik Malaysia Airlines (MAS) yang berjaya mendarat dengan baik.

"Dia memang ikut Rukun Negara ya time landing tu"

Image from: Betul-Betul Ikut Rukun Negara Kesopanan Dan kesusilaan, Pendaratan 'Masterclass' Pilot Malaysia Raih Perhatian

Dalam perkongsian video seorang pengguna Threads memuji pendarat kemas yang dilakukan oleh juruterbang berkenaan.

Bahkan dia berbangga dan menyifatkan pendarat itu tak ubah cerminan Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Image from: Betul-Betul Ikut Rukun Negara Kesopanan Dan kesusilaan, Pendaratan 'Masterclass' Pilot Malaysia Raih Perhatian

"Salute pilot Malaysia" - Warga Maya

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji pendarat berkenaan. Ada sebahagian berkata kebanyakan juruterbang Malaysia antara yang terhandal.

"Dia macam turun lutut dulu pelan- pelan then bersimpuh baru betul-betul kan kain hehehehe," komen seorang pengguna.

"Pilot Malaysia antara yang terbaik di dunia dalam mendaratkan pesawat penumpang," komen seorang pengguna.

"Pernah naik MAS balik Dari umrah saya dah pening sebab tak berapa sihat batuk sepanjang penerbangan .. Alhamdulillah sampai masa mendarat sangat smooth tak de nak terhantuk atau bergegar cecah tayar pon tak rasa semua kami dalam flight tepuk tangan sebaik plane mendarat Alhamdulillah pengalaman manis naik MAS" komen seorang pengguna.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved