
Betul-Betul Terlelap, Gelagat Akak Ni Jual Cadar Buat Ramai Terhibur
Sejak wujudnya pelbagai platform e-dagang di Malaysia, orang ramai mempunyai pilihan untuk membeli apa jua jenis barangan hanya di hujung jari.
Dulu jika ingin membeli barang kelengkapan rumah seperti sofa, pinggan mangkuk dan cadar, kita hanya boleh membelinya di kedai. Namun kini orang ramai boleh menggunakan telefon pintar masing-masing untuk membuat pesanan barangan tersebut.
Dalam pada itu, para penjual di platform terbabit juga sentiasa mempunyai idea kreatif untuk menarik perhatian pembeli.
Tertidur ketika jual cadar
Baru-baru ini, tular mengenai telatah seorang penjual cadar di TikTok yang tampil bersahaja ketika mempromosikan jualannya.
Menerusi tangkapan layar siaran langsung yang tular, @farahshasary dilihat menjual cadarnya sambil berbaring di atas katil.
Namun, ada juga momen di mana dia dilihat terlelap seketika.

Ramai netizen yang terhibur melihat telatahnya itu, tetapi dalam masa yang sama ramai juga mendoakan agar bisnes tersebut berjalan lancar.
"Aku tak rasa lawak..cuma rasa sedih. Hebatnya akak ni cari rezeki sampai penat sangat tengok dia..tu dia boleh lena terus...kak semoga selalu dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah"
"Aku tengok dia review baring. Aku pon baring. Hahahaha tertidur weh. Bangun-bangun fon dah bateri habis"
Baca juga:"Nampak selesalah cadar tu sampai host boleh tertidur. Kena beli ni"
"Akak menghiburkan saya. Moga segala penat dalam berniaga, dalam bekerja akak ni dipermudahkan dan dibukakan pintu seluas-luasnya,"
"Saya pun masuk live ni semalam. Kelakor weh lama-lama senyap kakak ni, lepastu bercakap balik, lepastu senyap balik"
Dalam satu video yang lain, Farah secara berseloroh memohon maaf jika ada yang 'tak berpuas hati' kerana dia berbaring dan tertidur ketika menjawab soalan.
"Saya takkan ulangi lagi dan saya tetap akan buat siaran langsung secara baring," katanya berseloroh.
