“Betul Ke Anak Saya Dah Meninggal Encik? Tolong ‘Check’ Sekali Lagi” – Ibu Mangsa Kemalangan Di Cyberjaya

6 Nov 2026 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Luahan seorang ibu yang sukar menerima hakikat kehilangan anak tersayang dalam kemalangan jalan raya di Cyberjaya, semalam, mengundang sebak.

Menerusi perkongsian pengguna Threads dikenali sebagai Dean Musthafa, dia menyaksikan sendiri detik menyayat hati apabila ibu kepada mangsa, Muhammad Aiman Firdaus Mehedi, memangku jenazah anaknya di lokasi kejadian.

Advertisement

Kemalangan jalan raya di Cyberjaya

Menurut Dean, wanita berkenaan berulang kali meminta supaya keadaan anaknya diperiksa sekali lagi bagi memastikan remaja itu benar-benar sudah meninggal dunia.

Betul ke anak saya dah meninggal encik? Tolong check (periksa) sekali lagi.

Dean turut berkongsi bahawa ibu mangsa dilihat menangis sambil sesekali mencium wajah Allahyarham.

Threads tentang kemalangan Cyberjaya

Ramai kerumun jenazah

Keadaan bertambah pilu apabila ahli keluarga, jiran, guru serta rakan-rakan sekolah mangsa tiba di lokasi kejadian. Malah, rakan-rakan Allahyarham turut dilihat saling berpelukan sambil menangis.

Terdahulu, Muhammad Aiman yang berusia 16 tahun dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di Jalan CV 4 Cyber Valley, Cyberjaya.

Threads tentang kemalangan Cyberjaya

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sebuah sekolah antarabangsa menuju ke rumahnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Betul Ke Anak Saya Dah Meninggal Encik? Tolong ‘Check’ Sekali Lagi” – Ibu Mangsa Kemalangan Di Cyberjaya2026-08-15 08:55:08

"Tak Ada Rupa Kereta Dah.." - Ibu, Anak Maut Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Tangki Bawa Diesel Di Temerloh

The post “Betul Ke Anak Saya Dah Meninggal Encik? Tolong ‘Check’ Sekali Lagi” – Ibu Mangsa Kemalangan Di Cyberjaya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved