Pelajar sekolah swasta maut, motosikal terbabas

6 Nov 2026 • 2:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar sekolah swasta maut, motosikal terbabas

CYBERJAYA: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah swasta antarabangsa di sini, maut selepas motosikal ditunggani hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang di Jalan CV 4, Cyber Valley itu, mangsa berusia 16 tahun dikenali sebagai Muhammad Aiman Firdaus Mehedi maut serta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah sebuah sekolah antarabangsa di sini menuju ke kediamannya di Aurora Cyber Valley.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikal ditungganginya terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Cyberjaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa adalah pelajar sebuah sekolah swasta di Cyberjaya itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Norhizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019-6026596 atau 03-87774264 bagi membantu siasatan,” katanya. -UTUSAN

The post Pelajar sekolah swasta maut, motosikal terbabas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved