Betul Ke ‘Fever Gel Patch’ Boleh Menyebabkan Kanak-kanak Sawan? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Health & FitnessFamily & Parenting
22 Aug 2025 • 5:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Setiap kali anak kecil tidak sihat seperti mengalami gejala demam pasti ramai ibu bapa yang berasa bimbang mengenai si kecil.

Oleh itu, sewaktu berada dalam keadaan ini pasti ramai ibu bapa akan melakukan beberapa perkara seperti memantau suhu badan, mengelap badan dengan air, serta membawa ke klinik untuk mendapatkan konsultasi doktor.

Tak kurang juga ada yang menggunakan gel pelekat demam (fever gel patch) yang sering dijual di farmasi untuk mengurangkan suhu badan anak.

Namun tak kurang juga ada yang bimbang menggunakan gel terbabit kerana keadaan anak akan menjadi lebih teruk seperti sawan dan sebagainya.

Doktor jelaskan adakah fever gel patch bahaya atau tidak kepada anak

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan terkenal di TikTok iaitu Dr Wanie Azeera ada menjelaskan mengenai persoalan adakah benar ‘fever gel’ boleh menyebabkan keadaan si kecil menjadi lebih teruk.

Menerusi video yang dikongsikan, Dr Wanie alasan segelintir kebimbangan itu disebabkan ada yang mengatakan jika gel itu dipakai di kawasan dahi ia akan membuatkan suhu panas badan tertumpu pada kawasan dahi dan seterusnya sawan.

“Sebenarnya isu ini dah lama sangat dirungkaikan, saya pun guna juga. Saya guna yang brand Dr Momo ni, nama dia fever cooiling patch. Fever gel patch ni dia diperbuat daripada hydrogen polymer.

“Hydrogen polymer ni dia boleh memuatkan air yang banyak, gel ini berfungsi dengan dua prinsip. Nombor satu penyejatan, nombor dua ‘conduction’,” katanya.

Gel berwarna pada patch adalah hydrogen polymer

Dr Wanie turut menjelaskan warna gel berwarna biru pada patch berkenaan adalah hydrogen polymer yang bertindak menyejat perlahan-lahan suhu dalam badan.

“Proses penyejatan ni kena ada haba. Haba itu dapat daripada kulit anak-anak demam tu dan kita pun akan rasa sejuk.

“Prinsip kedua ‘heat conduction,’ gel yang basah dan sejuk ini akan menyerap haba secara perlahan-lahan daripada permukaan kulit. Kurangkan suhu pada kawasan dahi tu atau mana-mana tempat kita tampal tu.

“Panas (suhu) tu akan berpindah daripada kawasan panas kepada sejuk,” ujarnya lagi.

Lepas cecair secara perlahan-lahan dan ia tidak mudah kering

Jelas Dr Wanie lagi Hydrogen Polymer itu akan melepaskan air secara perlahan-lahan kepada badan dan ia tidak mudah kering.

Katanya lagi, adakah gel itu boleh menyebabkan sawan? Jawapannya tidak, ini kerana sawan berlaku disebabkan suhu badan naik secara mendadak.

“Dia (gel patch) tidak akan kumpul suhu dan tak akan tumpukan suhu tu pada kawasan dahi. Secara ringkasnya gel patch memberikan kelegaan sementara.

“Anak-anak masih perlukan ubat untuk menurunkan suhu, sementara nak tunggu sampai untuk berjumpa doktor bolehlah pakai.”

@wanieazeera

Fever gel patch buat anak sawan? Ye keee.

♬ original sound – WanieAzeera – WanieAzeera

Ramai para ibu turut berikan tips

Melihat di ruangan komen, ada juga para ibu yang memberikan tips lain seperti memandikan anak mereka di dalam tub bersama garam Epsom dan mendapati ia membantu menurunkan suhu badan.

Selain itu, ada juga mengatakan mereka akan kerap mengelap badan anak atau membawa mereka untuk mandi.

“Dulu anak kecil, Kalau anak demam memang saya mandikan je. Siram banyak-banyak air dekat ketiak dan kepala”

image is not available

“Paling tak boleh blah dimomokkan dengan ayat ‘jangan letak dekat kepala anak kau nanti air otak anak kau benda tu sedut’ adoi. Ayat makcik-makcik masa benda alah tu keluar. Tak boleh weh aku gelak..”

image is not available

“Anak saya tak suka letak kain kalau dia orang dema. Saya pakai kan baju basah lembab terus. Kalau letak kain memang dia orang campak terus. Siap-siap mandi pakai baju lembab basah gitu”

image is not available