Idea Luar Biasa Ibu Bapa Siapkan Busana ‘Fashion Show’ Merdeka Anak Undang Perhatian Netizen

Entertainment
20 Aug 2025 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila tiba bulan kemerdekaan, pasti pelbagai jenis aktiviti akan diadakan di sekolah. Pertandingan pertunjukkan fesyen atau ‘fashion show’ adalah antara pertandingan yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar dan semestinya para ibu bapa.

Satu hantaran tular di TikTok daripada @bellanmys, menunjukkan beberapa jenis busana yang diperagakan oleh pelajar-pelajar di sebuah sekolah kebangsaan di Johor. Sangat menarik apabila melihat pelbagai jenis pakaian yang cukup kreatif dihasilkan oleh ibu dan bapa pelajar ini.

Gaun daripada plastik roti Gardenia

Yang paling mencuri perhatian netizen pastinya busana gaun yang diperbuat daripada plastik bungkusan roti Gardenia.

Bukan itu sahaja, ada juga busana kreatif yang dihasilkan daripada sampul duit raya, malah beg bungkusan minuman popular seperti Mixue, Chagee dan Beautee juga turut digunakan bagi menghasilkan sebuah gaun yang luar biasa.

image is not available

Menurut @bellanmys yang juga merupakan guru di sekolah kebangsaan tersebut berkata, ‘Fashion Show’ Merdeka ini adalah pertunjukkan fesyen yang menunjukkan Jalur Gemilang dengan mengkhususkan penggunaan bahan kitar semula.

Pertandingan ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk dijadikan rujukan dan inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam menghasilkan lebih banyak busana kreatif pada masa akan datang.

“Saya sebagai guru cuma meraikan dan menyokong hasil usaha murid-murid dan ibu bapa mereka”- katanya

Ramai netizen memuji idea kreatif ibu bapa dalam menghasilkan busana kemerdekaan yang unik untuk anak-anak mereka. Malah, ada juga yang mengatakan anugerah ‘fashion show’ ini perlu diberikan kepada ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan busana-busana yang diperagakan ini.

“Anugerah ini kena bagi dekat mak bapa sebenarnya”

@bellanmys Tema Fashion Show Merdeka adalah bahan kitar semula. Antara bahannya adalah dari @gardeniamalaysia_ @CHAGEE MY @MIXUE Malaysia @BEUTEA MY @SK TMN MUTIARA RINI 2 #cikgubella #fyppppppppppppppppppppppp #jdt #merdeka #kitarsemula #merdeka68 #cikgubella #belladarkchoco #sayaanakmalaysia #sayaanakmalaysia ♬ Saya Anak Malaysia – JESBON_76

Menjengah ke ruangan komen, terdapat ramai netizen yang memuji usaha ibu bapa yang menghasilkan busana kemerdekaan ini.

image is not available image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article