Betul Ke Orang Kata Najib Dapat 'Penjara VIP'? Ini Respon Jabatan Penjara Malaysia!

24 Aug 2022 • 3:09 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Hari ini merupakan hari pertama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi menjadi penghuni di Penjara Kajang, selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan.

Namun ramai netizen tertanya-tanya adakah 'bekas Perdana Menteri pertama' yang dipenjarakan itu bakal menerima "layanan istimewa" di dalam sel nanti?

image is not available

Bagaimanapun, dakwaan yang telah pun viral di media sosial itu bahawa ada kemungkinan Datuk Seri Najib bakal mendapat layanan VIP di dalam penjara disangkal oleh Jabatan Penjara Malaysia.

image is not available

Dalam satu muat naik di Facebook, Jabatan Penjara Malaysia menggesa agar dihentikan penyebaran berita palsu berkaitan perkara tersebut.

Sebelumnya, seorang pemilik akaun Facebook mendakwa penjara atau bilik tahanan untuk VIP tidak sama seperti bilik banduan biasa dan kemungkinan aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam.

BERIKUT PERKONGSIAN PENGGUNA FACEBOOK TENTANG "PENJARA UNTUK VIP"

Penjara atau bilik tahanan untuk VIP tak sama seperti bilik banduan biasa.

Jangan terkejut , Bilik penjara VIP mungkin aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam.

Diberi tv , internet , buku , aircond dan katil tilam berkualiti tinggi.

Makan dan minum harian pula kos tahanan VIP tak sama seperti banduan biasa atau orang awam.

Makanan dan minuman untuk banduan biasa ( 1 kepala rm30 sehari )

Mungkin untuk banduan VIP boleh cecah ( 1 kepala rm100-150 sehari )

Bergantung pada permintaan banduan VIP tersebut , yang akan mohon menlalui lawyer beliau. Dari segi kualiti bilik , akses dan keperluan harian.

So kepada yang semua tengah sedih dan kecewa , jangan risau banduan VIP ni diberi layanan berbeza.

Dan layanan berbeza tersebut , mungkin mewah berbanding kehidupan orang awam di luar sana.

Dan 1 lagi , kalau anda yang tengah menyokong dan membela banduan VIP , kalau anda sendiri bersalah dan dimasuk ke penjara. Anda takkan dapat layanan PENJARA VIP sebab anda bukan VIP. huhu