“Betul Ke Tak Melayan? Acah Suci!” – Masih Berhubung Dengan Aliff Aziz, Sophia Al-Barakbah Pula Jadi Sasaran Sarah?

Entertainment
27 Apr 2024 • 8:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Belum ada kesudahannya, kali ini kekasih gelap Aliff Aziz mendedahkan cerita tentang pelakon, Sophia Al-Barakbah yang masih berhubung dengan aktor itu.

Masih berhubung

Biarpun sebelum ini Sophia dan Aliff sudah mengakui silap dan mengakhirkan hubungan mereka, namun bukti mesej peribadi yang didedahkan oleh Sarah menunjukkan sebaliknya.

image is not available

Dalam salah satu hantaran yang ditunjukkan oleh Sarah, Aliff dan Sophia masih berhubung sehingga Mac lalu.

Jangan salahkan Aliff seorang saja

Kata Sarah pendedahan yang dilakukan supaya orang ramai tidak hanya menuding jari pada Aliff saja apabila berkaitan isu curang dengan ramai wanita.

Bukan itu saja, malah wanita itu turut mendakwa Sophia dan Aliff menggunakan akaun Instagram palsu semata-mata mahu berborak dengan antara satu sama lain agar tidak ‘kantoi’.

image is not available

Kalau semua nak benci Aliff, make sure satu satu ni semua you all benci sekali bukan Aliff sorang. Diorang pun melayan tapi nak tipu dengan semua orang lah yang diorang ni suci.

 

image is not available 2 days ago

"Past Is Past Babe, It's Just You And Me" - Pelawaan Untuk Berjumpa Ditolak Sarah, Dakwa Ruhainies Tidak Pandai 'Speaking' Seperti Di DM