Tuduhan paling berat! Caprice nafi ‘create’ bukti sendiri, dedah semua di Telegram

25 Apr 2024 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Caprice nafi ‘create’ bukti sendiri selepas didakwa oleh beberapa pihak berhubung konflik rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah, baru-baru ini.

Bagi mengelakkan diri daripada dituduh reka bukti sendiri, Caprice atau nama penuhnya Ariz Ramli tampil mengemukan bukti di platform Telegram.

Caprice nafi ‘create’ bukti sendiri

Jelasnya, sebelum pasukannya membuat liputan atau berkongsi sesuatu mereka akan memastikan semua bukti yang dihantar telah diselidik sebelum disahihkan.

“Selama kita cover apa-apa kes atau berita, kami selalu selidik bukti-bukti yang orang hantar.
“Untuk elak fitnah, kami akan kemukan semua bukti (tutup wajah perempuan), resit, perbualan dan tiket penerbangan.
“Kami pun jemput PA (pembantu peribadi Bella Astillah) untuk selidik sama-sama, alang-alang buat posting,”kongsinya di Instagram Story.

image is not available

Tegas Caprice, dia terpaksa mengemukakan semua bukti yang diberikan oleh Aliff dalam grup di platform Telegram.

Pendedahan tersebut dibuat selepas hantaran dibuat pembantu peribadi Bella Astillah, Niel telah mencemarkan nama baiknya sebagai individu mendedahkan kebenaran.

image is not available

Tuduhan paling berat!

Dalam pada itu, Caprice juga menyatakan tuduhan yang dibuat oleh segelintir pihak terhadap dirinya adalah berat.

“Tuduhan dan naratif yang sangat jahat.
“Pada 30 Mac, Alif kata Caprice tidak tahu cerita sebenar dan kata ada banyak pihak yang tidak setia.
“Pada 10.30 malam, kami (Caprice dan Aliff) jumpa di Mandarin Hotel KLCC, mana Aliff tunjuk lebih 400 tangkap layar, gambar, video dan tiket penerbangan,”katanya.

Caprice tunjuk bukti asal

Tegasnya lagi, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika terdapat pihak membuat tuduhan dengan niat menjatuhan kredibiliti pasukannya.

image is not available

image is not available

Sumber: Instagram Caprice, Telegram CLUB ORANG KAYA