Beza 75 CM, Pasangan Kembar Berbeza Ketinggian Luar Biasa Ini Cipta Rekod Dunia

Entertainment
4 Mar 2023 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sering kali bila kita tengok pasangan kembar, mesti kita perasan ada kembar yang seiras dan ada juga kembar yang wajahnya tak seiras.

Namun, di Jepun pula, pasangan kembar perempuan ini telah mencipta rekod dunia apabila mereka bukan hanya tak seiras, malah ketinggian mereka juga berbeza!

Menurut Guiness World Record, pasangan kembar Yoshie dan Michie Kikuchi baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai pasangan kembar perempuan yang mempunyai perbezaan ketinggian luar biasa.

image is not available

Ini kerana perbezaan ketinggian mereka adalah 75 sentimeter!

Yoshie memiliki ketinggian 162.5 cm manakala Michie pula berketinggian 87.5 cm sahaja.

Difahamkan, pasangan kembar tak seiras ini telah dilahirkan pada 15 Oktober 1989. Namun, Michie dilahirkan dengan menghidap masalah congenital spinal epiphyseal dysplasia iaitu sejenis masalah tulang yang menghalang tulangnya daripada bertumbuh dengan normal.

image is not available

Kini, Michie tinggal bersama ibu bapanya manakala Yoshie pula telah mendirikan rumah tangga dan telah bergelar ibu.

Walaupun pernah dibuli ketika zaman persekolahannya dulu, kini Michie berharap dengan anugerah daripada Guiness World Record ini akan membolehkannya untuk membantu memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang memiliki keistimewaan sama seperti dirinya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.