“Beza Macam Langit Dan Bumi!” – Netizen Bandingkan Ameera Khan Dan Kakaknya

EntertainmentLifestyle
27 Jun 2025 • 2:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ameera Khan

Nama dua influencer terkenal, Ameera Khan (LMK) dan kakaknya Athisha Khan menjadi topik hangat netizen di media sosial apabila warganet mula membandingkan gaya hidup dan personaliti mereka berdua.

Menerusi beberapa komen yang tular, ramai netizen dilihat lebih selesa dan tertarik dengan personaliti Athisha Khan yang digambarkan sebagai ‘calming’, berpengetahuan serta menampilkan gaya hidup yang lebih tenang dan sopan.

“Athisha sangat calming, Ameera Khan lebih kepada glamor”

image is not available

Salah seorang pengguna media sosial menyifatkan perbezaan antara mereka ibarat langit dan bumi.

image is not available

Menurutnya, kandungan Athisha lebih mendidik dan membawa ketenangan, berbanding LMK yang lebih menonjolkan gaya hidup glamor dan gelagat yang mencuri perhatian.

Seorang lagi pengguna turut menyatakan bahawa Athisha mempunyai cita rasa dan pendekatannya yang tersendiri, berbeza dengan LMK yang didakwa cenderung meniru gaya selebriti luar seperti Kardashian dan Hailey Bieber.

“LMK try hard sangat… style dia terikut sangat Indonesian vibe”

image is not available

Seorang pengguna lain turut berkongsi pendapat bahawa gaya LMK dilihat terlalu mencuba dan terlalu berani, malah menyifatkannya terlalu terikut dengan gaya dari Indonesia.

image is not available

Ada juga yang secara terus terang melabelkan LMK sebagai seorang ‘pickme girl’, sekaligus menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat mereka.

Pssttt! Masing-masing ada keistimewaan masing-masing kan, dua-dua cantik dan berjaya.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.