“Biadap, pendusta” – Aaron Aziz Luah Rasa kecewa Duit ‘Sales’ Isteri Dicuri Pekerja

Entertainment
14 Nov 2024 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, kita banyak dengar mengenai pekerja menipu serta memecah amanah meskipun majikan mereka sudah memberikan layanan yang sepatutnya.

Terbaru, pelakon yang sinonim dengan filem aksi iaitu Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz atau lebih dikenali dengan nama Aaron Aziz menerusi laman Instagram miliknya meluahkan isterinya ditipu oleh pekerjanya.

Dalam posting tersebut, pelakon filem KL Gangster itu berkongsi isterinya memberikan gaji setimpal buat pekerjanya yang merupakan seorang wanita itu namun kebaikan isterinya tidak dibalas dengan begitu baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Bini aku percaya kau tapi kau pilih untuk balas bini aku dengan mencuri duit sales selama ini.

Rupanya kau telan duit halal dia dalam mulut kau secara haram. Saya saksi dia kehulu ke hilir, penat sampai sakit,” tulisnya.

Aaron menyifatkan pekerja isterinya itu seorang yang keji, hipokrit, biadap, penipu serta manusia yang tidak bersyukur.

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan Aaron dan isterinya sudah mengambil tindakan dan membuat laporan terhadap pekerjanya itu.

image is not available

Semoga dipermudahkan semuanya buat Aaron dan isteri…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article