Biarkan lelaki kurang sihat ambil kuih tak bayar, netizen doakan peniaga dimurahkan rezeki

LocalFood
28 Jan 2025 • 10:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
lelaki kurang sihat

Seorang peniaga biarkan lelaki kurang sihat mengambil makanan di gerainya tanpa mengenakan sebarang bayaran telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok yang juga peniaga, kasmairda, dia telah memuat naik momen sewaktu seorang lelaki dipercayai tidak berapa sihat berjalan ke gerainya sebelum mengambil beberapa bekas kuih yang dijual.

@kasmairda

Replying to @mrs.mrnmtlm abang aton hari ni lapo, amik 2 pek sekali.. maybe sbb hujan.. cucuq udang 1, kuih seri muka 1.. . . #melternxkopikas #abgmarathon #coffee #kopi #vendormakanan #vendormakanankapar #kopikapar #singlemomlife @JulietJulies

♬ original sound - Meltern x Kopikas - Meltern x Kopikas

Lelaki kurang sihat kerap datang gerai

Dapat dilihat lelaki berkenaan terus beredar selepas mengambil kuih yang disusun di atas meja tanpa menghiraukan peniaga ataupun pelanggan di gerai terbabit.

image is not available

Tak ambil bayaran pun dari lelaki kurang sihat

Ujar peniaga itu lagi secara berseloroh di ruangan kapsyen, lelaki yang dipanggil Abang Aton adalah bos sebenar di gerainya kerana bila-bila masa sahaja boleh mengambil makanan tanpa perlu membuat bayaran.

@kasmairda

Abg aton dtg mencari cucur udang favouritenya.. hehe... . . #abgmarathon #melternxkopikas

♬ original sound - Meltern x Kopikas - Meltern x Kopikas

Tak jatuh miskin orang2 yang bersedekah

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan agar rezeki peniaga terbabit terus dimurahkan.

Mana tidaknya, dia langsung tidak marah atau menyatakan rasa tidak suka tiap kali lelaki terbabit datang mengambil makanan di gerainya, bahkan sangat mengalu-alukan kehadirannya.

image is not available

Lepas ambil laju betul dia jalan

image is not available

Semoga terus dimurahkan rezeki

image is not available

Semoga perniagaan pengguna TikTok itu terus maju dan rezeki diperoleh semakin berlipat kali ganda kerana tidak lokek bersedekah terutamanya kepada mereka yang kurang sihat seperti lelaki terbabit.

Sumber: TikTok kasmairda