Individu bantu ganti telefon lelaki OKU dicuri pelanggan – “Kerja baik2, jangan sedih”

LocalPolitics
27 Jan 2025 • 6:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Individu bantu ganti telefon lelaki OKU

Seorang juruwang dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) tempang terima telefon bimbit baharu selepas alat perantinya jenis Samsung Galaxy milik dicuri oleh seorang lelaki dalam kejadian di kedai Runcit di Rhu Rendang pada Selasa lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @peweronline di laman TikToknya, pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Cik Din hadir ke tempat kerja lelaki OKU itu untuk menghadiahkan gajet baharu.

Individu bantu ganti telefon lelaki OKU

@peweronline

Replying to @khai_izzi terima kasih untuk info, mangsa seorg OKU, apa yg ada dalam poket kita bukan hak kita, apa yg kita bagi itu hak kita

♬ original sound - Pewer Store - Wer Wer - Pewer Store - Wer Wer

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat pemilik kedai berkenaan menghulurkan sebuah beg kecil berisi telefon bimbit baharu ketika lelaki OKU terbabit sedang bekerja.

Sebaik sahaja menerima sumbangan itu, lelaki OKU dilihat tersenyum gembira dengan pemberian tersebut sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada Cik Din.

Individu bantu ganti telefon lelaki OKU

image is not available

image is not available

Dalam video berdurasi lebih dua minit, lelaki OKU terbabit memberitahu Cik Din bahawa dia terpaksa meminjam telefon kakaknya selepas kejadian itu.

“Kerja baik-baik, jangan sedih. Ini ambil telefon baru, ya. Teruskan dan kerja macam biasa,” kata Cik Din.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan mencuri telefon bimbit milik seorang juruwang OKU tempang di Rhu Rendang, Marang Selasa lalu.

image is not available

Suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di Taman Batin Perdana, Kuala Nerus pada pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki mencuri telefon bimbit jenis Samsung Galaxy milik juruwang OKU kategori fizikal terbabit yang diletakkan di kaunter pembayaran sebuah kedai runcit.

Sumber: TikTok @peweronline