“Biarlah Diorang Nak Bercinta, Awak Nak Sibuk Kenapa?” – Sharnaaz Ahmad Setuju Jika Bella Astillah & Syed Saddiq Jalin Hubungan Mesra

LocalEntertainment
12 Feb 2025 • 1:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Sharnaaz Ahmad telah mencuri perhatian netizen sekali lagi apabila dia menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungan di antara Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Menerusi satu video di TikTok, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, tidak salah sekiranya mereka berdua benar-benar menjalinkan hubungan yang istimewa memandangkan mereka masih ‘single’.

image is not available

Biarkan lah mereka kalau nak bercinta sekali pun. Kenapa kalian (netizen) nak menyibuk?

 

Bella pun janda, Syed Saddiq pun helok orangnya, bujang. Bukannya Bella isteri orang dan Saddiq pun bukan suami orang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pelakon itu.

image is not available

Sebelum ini, Bella dan Saddiq semakin terbuka berkongsi keakraban mereka di media sosial sehingga ramai mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan dari kedua-dua pihak berhubung dakwaan terbabit.

image is not available 2 days ago

"Jangan Jadi Netizen Yang Bodoh" - Noor Nabila Berang Sering Diminta 'Get Back' Dengan Sharnaaz Ahmad