“Jangan Jadi Netizen Yang Bodoh” – Noor Nabila Berang Sering Diminta ‘Get Back’ Dengan Sharnaaz Ahmad

LocalEntertainment
10 Feb 2025 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kakak kepada personaliti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila tampil menegur sikap segelintir netizen yang memintanya untuk kembali bersama dengan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Difahamkan, Noor Nabila memberi teguran tersebut ketika bersiaran langsung di Instagram Story baru-baru ini.

Nabila juga dilihat berang dengan komen dan andaian mengenai percutiannya di French Alps bersama Sharnaaz, anak mereka dan keluarganya tempoh hari.

Kami ini tiada rujuk, tiada kahwin. Kita kawan. Jangan jadi netizen yang bodoh, jadi netizen yang cerdik.

Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri yang bergaduh dan muat naik di sosial media. Yang elok macam kami, macam-macam fitnah.

Dia juga meminta orang ramai untuk tidak meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap keluarganya.

Terdahulu, Noor Nabila dan Sharnaaz telah sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah,

image is not available 4 hours ago

Ziana Zain Disoal Siasat Selama 3 Jam Hanya Untuk Bantu Siasatan - “Saya Bukan Suspek...”