“Biarlah gambar berbicara”- Tyzo Dedah Carta Rating Segmen di Radio Suria FM

Entertainment
21 Jan 2024 • 3:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jumaat lalu, sebuah sidang media telah diadakan oleh pihak Suria FM untuk menjelaskan isu kontrak penyampai radio Tyzo yang tidak disambung.

Dalam sidang media itu, pihak Suria FM turut menjelaskan bahawa terdapat penurunan dalam segmen petang Suria FM yang dikendalikan oleh Tyzo dan Sharifah Shahira.

Namun, Tyzo menerusi Instagram telah mendedahkan carta rating survey tentang segmen-segmen rancangan di radio Suria FM bagi tahun 2023.

image is not available

Dalam rating survey itu, dapat dilihat bahawa segmen petang yang dikendalikan Tyzo itu telah mendapat rating 1.73 juta dalam survey 1 dan 1.56 juta dalam survey kedua jumlah pendengar.

Menurut Tyzo juga, bagi tahun 2022 hingga 2023, segmen Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang empat kali survey berturut-turut.

image is not available

Tambah Tyzo lagi, angka-angka tersebut pada papan putih telah ditulis sendiri dengan tangan oleh pengurus besar.

Rata-rata warganet menyifatkan pendedahan Tyzo itu berani kerana menunjukkan bukti menggunakan data.

Meskipun ada warganet lain yang mengatakan Tyzo dilihat seperti tidak move on dengan isu itu, namun ada pula netizen lain yang berpendapat bahawa Tyzo bukannya tidak move on, sebaliknya dia hanya mahu membela diri dengan menjelaskan perkara sebenar selepas rating segmen Suria Petang yang dikendalikannya dikatakan jatuh.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.