“Biarlah kami jadi mama kamu” – Netizen Tersentuh Lihat Cara Lelaki Ni Layan Anak-Anak Yatim

8 Apr 2024 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memuliakan anak yatim ini memang satu perkara yang dituntut oleh Islam, malah dengan berbuat baik kepada mereka, ia juga boleh mendekatkan diri kita dengan Rasulullah SAW.

Ini kerana, Rasulullah telah bersabda, “Dari Sahl bin Sa’ad RA, berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: ‘Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam syurga seperti ini.’ Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya serta merenggangkan keduanya.” – Riwayat Bukhari.

Ini juga apa yang dapat dilihat dari perkongsian seorang pengguna TikTok, Saharuddin Amirullah yang sering memuat naik video membantu orang-orang di Sabah.

Baru-baru ini, video dari lelaki ini sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia dilihat telah membawa sekumpulan anak-anak yatim untuk membeli baju raya di Mydin.

@saharuddinamirullah

Sementara belum ada anak sendiri bolehlah tumpang kasih sayang sama mereka.

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Apa yang menyentuh hati netizen, Saharuddin turut kongsikan salah seorang anak yatim tersebut risau dimarahi kerana takut baju yang dipilih mereka mahal. Allahu…

@saharuddinamirullah

Disebabkan kamu semua tiada mama biarlah kami jadi mama kamu untuk pilihkan baju raya

♬ suara asli – Penikmat Musik – Penikmat Musik

Tak cukup dengan ini, Saharuddin turut kongsikan yang dia telah membawa anak-anak yatim ini untuk berbuka puasa sama-sama dalam satu jamuan dan turut menyuap serta dukung salah seorang anak yatim dipercayai cacat penglihatan.

@saharuddinamirullah

Replying to @eisa Tidak apa dek nanti syurga mama kamu pula yang suap kamu makan

♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Rata-rata netizen yang melihat video ini telah tersentuh melihat kebaikan Saharuddin ini serta turut berharap yang mereka juga dapat berbuat perkara yang sama suatu hari nanti. Malah, Mydin juga turut meninggalkan komen berterima kasih kerana telah membeli-belah di sana.

image is not available

Memang terharu sungguh tengok video-video dari Saharuddin ni. Moga segala kebaikannya diterima…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article