“‘Bias’ Dia La Tu” – Peminat Keliru Lihat Jungkook Sering Tulis Komen Di Video Idola Wanita Ini

6 Oct 2023 • 4:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah memadam akaun Instagram peribadi, Jung-kook BTS nampaknya lebih aktif berinteraksi dengan peminat menerusi TikTok kini.

Baru-baru ini, peminat perasan bahawa Jung-kook kerap meninggalkan komen di beberapa video TikTok yang menampilkan Chae-won LE SSERAFIM.

Khususnya dalam satu video iklan minuman beralkohol ‘Jim Beam’, Chae-won telah muncul sebagai model buat jenama tersebut. Meninjau di ruangan komen, ahli termuda BTS itu ada menulis,

Ada berapa banyak gula yang diletakkan di dalamnya?

Terhibur dengan kelakuan idola itu, peminat menebak bahawa Jung-kook memang sering menulis komen di mana-mana video di TikTok yang dia minat atau baginya adalah kelakar.

Komen peminat,

Dia selalu meninggalkan komen pada video lucu yang dia tonton ㅋㅋㅋㅋ

 

Chae-won lagi!

 

Mereka kan satu agensi, biarkan mereka berjumpa!

 

Dia sangat ingin tahu tentang nutrisi dalam minuman itu

 

Wah, bias Jung-kook dalam LE SSERAFIM mesti Chae-won.

Jung-kook kan memang selalu random!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.