(VIDEO) “Takut Reput Ja Muka Hang” – Gelagat Che Ta Tegur Aaisyah ‘Bersiap’ Sebelum Tidur Jadi Tumpuan Netizen

3 Oct 2023 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tampil mencuri tumpuan peminat apabila dia tampil menegur anak perempuannya iaitu Aaisyah yang sedang ‘bersiap’ untuk tidur.

Dalam video TikTok itu, anak dara pelakon itu dilihat menyikat rambut dan memakai gincu meskipun hanya ingin tidur.

Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu kemudiannya bertanyakan peminat tentang siapakah yang mempunyai perangai seperti Aaisyah yang selalu bersiap untuk tidur.

Aaisyah dah mandi malam-malam pun bersiap juga, pakai lipstic, pakai blusher semua. Siapa yang macam mek chah? Nak tidur pun kena cantik dia kata. Takut reput je muka hang, tunggu besar Aaisyah oi.

Si cilik itu kemudiannya membalas usikan Che Ta dan berkata bahawa dia ingin cantik meskipun hanya untuk tidur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beranak itu yang sentiasa cantik dan mahu bergaya di mana sahaja, setiap waktu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Okay La Dari Jadi Biawak Hidup.." - Raja Afiq Kini Pekerja Am Di Bank, Tak Ada 'Job' Dah Setahun