‘Biasa!’ – MB Kedah ketuk kepala wanita, undang kecaman netizen, ‘Sesuka hati ketuk kepala orang’

21 Aug 2023 • 10:20 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Hari ini tular video Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuk kepala seorang wanita menggunakan gulungan kertas, menimbulkan pelbagai reaksi negatif netizen.

Dalam video berdurasi 18 saat itu, ADUN Jeneri berkenaan dilihat berbuat demikian dan berkata, ‘Biasa’ sebelum disusuli dengan gelak ketawa orang ramai di sekelilingnya.

Menurut laporan MalaysiaKini, insiden itu berlaku pada Sabtu lalu, ketika Sanusi berbasikal di Kampung Budi, Pokok Sena dan menghulurkan bantuan wang tunai dan keperluan kepada 60 penduduk kampung miskin tegar.

Di media sosial netizen menganggap perbuatan Sanusi itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi dia merupakan seorang pemimpin berjawatan tinggi dalam kerajaan.

“Benda macam ni nampak simple. Tapi hati orang yang kena itu, terasa terkilan sampai mati tau. Semangat nak jumpa Menteri Besar, tapi last-last kena katok. Dia akan ingat sampai mati dan nangis juga,” kata Syazwan.

“Weh! Selepas dia ketuk kepala perempuan tu, seorang orang kat situ gelak? Tak rasa diperlekehkan ke perempuan tu? Kenapa macam semua orang tak ada adab kat situ? Macam too much gila, sesuka hati ketuk kepala orang,” kata Ozil.

“Gilalah, macam ni ke budi bahasa budaya korang? Kalau aku kena macam ni, memang taklah si Sanusi tu sempat gelak masa ni. No manners!” kata Izyan.